Selasa, 2 April 2013

MARUKU VS JEJARI KETAM DI TAMAN KG SLIM


 Oleh : Bintu Darus





 
BEHRANG - Bertempat di Taman Kg Slim, Slim Village telah diadakan Demonstrasi Masakan Jejari Ketam oleh YM Cik Raja Siti Zaharah binti Raja Abd Razak, Pemaju Masyarakat Pendidikan Kesejahteraan Keluarga (PKK).  Program ini dianjurkan oleh KEMAS Parlimen Tg. Malim dengan kerjasama MIC Bahagian Tg. Malim pada 18  Mac 2013 yang lalu.  Seramai 30 orang telah hadir dalam program tersebut.

Program ini bertujuan bagi mengeratkan lagi hubungan silaturrahim di antara KEMAS dan masyarakat India walaupun berlainan agama mahupun bangsa.  Selain itu, program ini juga dapat mendedahkan mereka peranan dan fungsi KEMAS yang bukan sekadar dikenali sebagai TABIKA, malah pelbagai peranan yang boleh dimainkan oleh KEMAS seperti dalam kemajuan pendidikan kesejahteraan keluarga, bahagian pembangunan insan dan sebagainya.



Turut hadir dalam program tersebut ialah Penyelia Bahagian Pendidikan Masyarakat, Cik Rohani bt Hj Khalid, Penyelia Pembangunan Desa dan Perhubungan DUN Behrang, Puan Jamilahtun bt Hj Mohd Nor serta Ahli Jawatankuasa MIC Bahagian Tg. Malim.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ANTARA PAPARAN SEBELUM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...