Selasa, 2 April 2013

SUMBANGAN WARGA EMAS "SAYANG DISAYANG" DI BANDAR SRI BEHRANG

Behrang Station - Bertempat di Bandar Sri Behrang, Behrang Station telah diadakan satu Program Sumbangan Warga Emas "Sayang Di Sayang" pada 9 Mac yang lepas.  Program ini dianjurkan oleh KEMAS Parlimen Tg. Malim dan seramai 30 orang warga emas yang telah dipilih dalam menerima sumbangan ini.

Program ini bertujuan bagi membantu meringankan sedikit beban warga emas di kampung tersebut yang kebanyakkannya tinggal bersendirian.  KEMAS sebagai salah satu agensi kerajaan yang berperanan dalam membantu memberikan beberapa bentuk bantuan kepada mereka yang tidak berkemampuan. Warga emas yang mendapat sumbangan ini mengucapkan ribuan kasih kerana KEMAS sudi memberikan sumbangan kepada mereka. Tambah mereka lagi, sumbangan ini amat bermakna kerana mereka merasa mereka disayangi dan diberi perhatian oleh kerajaan.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ANTARA PAPARAN SEBELUM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...