Jumaat, 22 Mac 2013

BERPESAN-PESAN DALAM MAJLIS BACAAN YASSIN DAN TAZKIRAH DI KG TAMBAK



Slim Village - Bertempat di Kg Tambak, Slim Village telah diadakan Majlis Bacaan Yassin dan Tazkirah pada 2 Mac 2013 yang lalu.  Program ini dianjurkan oleh KEMAS Parlimen Tg. Malim dan telah dihadiri 20 orang yang terdiri dari kalangan wanita kampung tersebut.



Selesai bacaan yassin, tazkirah di mulakan dan disampaikan oleh Ustazah Hjh Zinan bt Hj Daud, Pemaju Masyarakat Bina insan KEMAS Parlimen Tg. Malim.  Dalam tazkirah, beliau berpesan kepada semua penduduk yang hadir supaya sentiasa rasa bersyukur dengan segala nikmat pemberian Allah s.w.t seperti keamanan dan kedamaian yang telah rakyat Malaysia nikmati.  

Tambah beliau lagi sebagai khalifah di bumi ini kita perlu bersama-sama menjaga keamanan dan kedamaian tanah air kita supaya generasi akan datang dapat menikmati dan merasai kenikmatan yang Allah s.w.t berikan.  Turut hadir dalam program ini Setiausah Wanita UMNO Bahagian Tg. Malim, Puan Hasnah bt Sazali dan Penerangan Wanita UMNO Bahgain Tg. malim, Puan Salina bt Samsuddin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ANTARA PAPARAN SEBELUM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...