Jumaat, 29 Mac 2013

DANDANAN DIRI REMAJA IDEAL

oleh: zuraidah sulaiman


             Teluk Intan, 28 mac 2013 - Unit CPM KEMAS Teluk Intan telah membuat Program Dandanan Diri yang telah diadakan di Tabika KEMAS Kampung Banjar. PM PKK iaitu Puan Norshidah bt Asmuni dan En. Faridh Asrol b Hj Yahya sebagai Penyelia telah menerajui program ini. Kehadiran program tersebut seramai 45 orang. Turut hadir dalam program tersebut ialah Ketua Kampung, Ketua Wanita Cawangan, EXCO Wanita Cawangan, PKD KEMAS Teluk Intan, Penyelia-penyelia KEMAS Teluk Intan dan remaja di sekitar Kampung Banjar.

       Tujuan utama program tersebut ialah untuk menarik minat remaja berkumpul dengan pemimpin setempat sambil membuat demontrasi dandanan diri yang didatangkan khas dari AVON Teluk Intan.





                                  


 PKD Hilir Perak iaitu Puan Zafina bt Sulaiman mengaskan terutama kepada pengundi muda bersiap sedia untuk PRU 13 yang akan datang ini. "Sokonglah kerajaan yang ada sekarang" tegas PKD lagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ANTARA PAPARAN SEBELUM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...