Jumaat, 29 Mac 2013

PROGRAM JOM JENGOK JENGOK KE PUSAT SUMBER

"JOM JENGOK JENGOK" Program yang telah diadakan di pusat sumber KEMAS Chenderong Balai pada 27 Mac 2013 ini telah dirasmikan oleh Ustaz Hj.Ramli Bin Yusof Pegawai Perhubungan Ahli Parlimen Pasir Salak, diiringi oleh En.Hassan Basri Bin Ahmad Pegawai Aktiviti Pusat Sumber KEMAS merangkap Ketua Kampong Chenderong Balai. Turut hadir ke majlis ini ialah Penyelia Kanan KEMAS Pasir Salak En.Nasurunnasir Bin Hj.Alias,

Memetik ucapan dari Ustaz Ramli,Beliau mengingat kan agar penduduk setempat terus memberikan sokongan padu kepada calon BARISAN NASIONAL pada pilihanraya yang akan tiba, beliau berkata telah banyak pembangunan dan bantuan yang telah diberikan hasil dari kerja keras dan keperihatinan Kerajaan Barisan Nasional oleh itu marilah kita terus memberikan mandat kepada Kerajaan Barisan Nasional.

Mjlis pada petang itu juga dimeriahkan lagi dengan beberapa aktiviti antaranya kuiz dan permainan sukan rakyat. Ternyata program yang mendapat sambutan lebih daripada 150 orang masyarakat setempat ini dapat mengeratkan lagi hubungan antara pemimpin dan masyarakat, Penduduk tempatan berharap agar program seumpama ini dapat diadakan lagi di masa hadapan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ANTARA PAPARAN SEBELUM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...