Rabu, 27 Mac 2013

BENGKEL KEIBUBAPAAN & PROMOSI TABIKA/TASKA KEMAS LUMUT


 
LUMUT- 16/2/2013 - KEMAS Parlimen Lumut dgn kerjasama JKKK Perkampungan Melayu Baru (F) Simpang Dua, dan MAPIM Daerah Manjung telah mengadakan program KEMURNIAN MINDA RAKYAT "Kempen Pendidikan Awal TABIKA & Ibubapa Berperanan Utama Mendidik Dan Mendoa" jam 2.00 ptg di perkarangan Dataran DEMUMAS PMB (F) Simpang Dua Sitiawan.
 

Program tersebut telah disempurnakan oleh Wakil Menteri Besar Perak, En Rashidi bin Ibrahim Naib Ketua UMNO Bahagian Lumut.
Program ini mendapat sambutan yang mengalakkan dari penduduk kampung, ibubapa,Pengerusi dan jawatankuasa KEMAS, UMNO Bahagian Lumut dan NGO yang berhampiran dengan kehadiran 500 orang. Pengisian program tersebut diantaranya ialah Ceramah keibubapaan yang bertajuk "Kempen Pendidikan Awal TABIKA & Ibubapa Berperanan Utama Mendidik Dan Mendoa", pertandingan mewarna, pertandingan aspek wanita, pemeriksaan kesihatan, Promosi TABIKA KEMAS, dan pameran dari Jabatan-jabatan yang lain.   


Perasmian  telah disempurnakan oleh En Rashidi bin Ibrahim, Merangkap  setiausaha sulit kanan kepada Menteri Besar Perak. Dalam ucapan beliau telah menyatakan bahawa peranan KEMAS dalam memajukan masyarakat telah terbukti dengan adanya kelas jahitan, memasak, TABIKA dan TASKA Permata. Tidak dapat dinafikan pengorbanan anggota KEMAS dalam membantu memenangi PRU dari dulu hingga kini. Tambah beliau lagi “ KEMAS telah menjadi mata telinga kerajaan dan telah membuktikan kecemerlangan anggota nya sehingga kan mereka ini diharapkan dapat membantu dalam PRU ke 13 ini. Penerimaan masyarakat terhadap anggota KEMAS sentiasa mendapat sambutan yang menggalakkan. 
Program KEMURNIAN MINDA RAKYAT "Kempen Pendidikan Awal TABIKA & Ibubapa Berperanan Utama Mendidik Dan Mendoa" berakhir jam 5.30 tengahari. 



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ANTARA PAPARAN SEBELUM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...