Oleh : Shu Ada
Program Demo Coklat dan Diskusi Ilmiah telah diadakan di Dewan Orang Ramai Kg Paya Ara, Beruas pada 26 Mac 2013 telah bermula jam 3 petang dan berakhir jam 5.30 petang. Program ini telah berjaya menarik kehadiran seramai 60 orang bersama Ketua Kampung Paya Ara, En Sabri bin Din dan barisan kepimpinan kampung. Di dalam slot Demo Coklat ini telah diajar asas pembuatan coklat yang boleh menjana pendapatan sampingan. Setelah selesai sesi Demo, penduduk kampung telah diselitkan santapan rohani dalam slot Diskusi Ilmiah dengan menerangkan beberapa surah-surah pendek dan doa-doa harian.
En. Ahmad Kamal Idris bin Hj Mohd Nawawi, Pengarah KEMAS Negeri Perak yang melapangkan masa untuk turun memberikan sokongan padu dalam Program Kemasyarakatan dan telah merasmikan program ini.. Beliau mengharapkan bahawa "kita sebagai khalifah di bumi ini bertanggungjawab dalam menjaga keharmonian negara dengan saling bantu-membantu, tolong menolong dan berganding bahu seiringan dengan hasrat Perdana Menteri Malaysia kita."
Semua yang hadir mengharapkan agar program sebegini akan diadakan lagi pada masa akan datang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan