Kuala Kangsar 21 Mac- Sempena bagi memperingati mangsa-mangsa tragedi anggota keselamatan yang terkorban di Lahat Datu,Sabah,KEMAS Kuala Kangsar dengan kerjasama penduduk Taman Rancangan Perumahan Awam 4,telah mengadakan Majlis Ilmu Diskusi Ilmiah di Perkarangan Pejabat KEMAS Kuala Kangsar.Di dalam program tersebut Majlis Bacaan Yassin dijalankan dengan dihadiri hampir 70 orang masyarakat bagi sama-sama berdoa agar roh mereka dicucuhri rahmat serta bagi yang masih lagi berjuang di sane bagi mempertahankan keamanan negara semoga selamat dengan jayanya.
Didalam majlis tersebut berlangsung
majlis ilmu yang disampaikan oleh Al Fadil Ustaz Suparnur b Mohd
Arjor,Penyelia Kanan KEMAS Kuala Kangsar. Beliau banyak menerangkan
kenapa orang Melayu patut mempertahankan Agama,Bangsa dan Negara.Beliau
juga mengingatkan kepada umat Islam agar terus mempertahankan Kalimah
Allah yang sekarang ini dipermainkan oleh pihak pembangkang.Didalam pada
itu,beliau menjelaskan sedikit sebanyak hasil usaha kerajaan yang telah
dibuat untuk membantu rakyat seperti BRIM,Bantuan Persekolah dan
lain-lain lagi.
Didalam
Majlis tersebut diadakan tahlil bagi memperingati mangsa kemalangan
jalan raya anggota KEMAS dari Parlimen Lenggong iaitu Pn Norhafizah Bt
Adam yang telah kembali ke rahmataullah pada 20 Mac 2013.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan