Ahad, 31 Mac 2013

KURSUS PENYEMBELIHAN MENDAPAT SAMBUTAN GOLONGAN BELIA





PADANG RENGAS -  Hampir 50 belia sekitar Parlimen Padang Rengas menyertai kursus penyembelihan anjuran Unit Bina Insan KEMAS Parlimen Padang Rengas dengan kerjasama Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Padang Rengas.  Kursus yang diadakan pada 10.3.2013 ini melibatkan penceramah daripada JAIPK, Bahagian Penyelidikan Unit Halal. Peserta didedahkan dengan pengetahuan asas serta cara pengendalian penyembelihan yang mudah dan praktikal dalam kehidupan harian mereka.  



Selain memberi pengetahuan secara teori, peserta juga turut diberi tunjuk ajar teknik penyembelihan secara praktikal supaya para peserta lebih yakin dan jelas dalam mengendalikan penyembelihan. Peserta wanita juga turut diberi peluang dan berani tampil untuk sama-sama melakukan penyembelihan.

Di akhir program, peserta diraikan dalam majlis penutupan yang serba ringkas dan dihadiri oleh En. Mior Mohd Ruselan bin Mior Hassan, AJK UMNO Bahagian. Dalam ucapan beliau turut merasa bangga dengan penglibatan golongan belia dalam program keagamaan ini bagi memastikan agama Islam terus terpelihara serta memanjatkan rasa syukur kerana kita dapat hidup dalam keadaan aman damai dibawah pentadbiran kerajaan yang sedia ada dan berharap kerajaan yang ada pada hari ini akan terus berkekalan.

Rata-rata peserta berasa amat berpuas hati dengan kursus serta kemudahan yang disediakan dan berasa teruja dengan suasana yang nyaman di Syamille Agrofarm Resort ini. Syabas dan Tahniah diucapkan kepada KEMAS Parlimen Padang Rengas.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ANTARA PAPARAN SEBELUM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...