23 Mac 2013, di PKM Sungai Siput, YB Timbalan Menteri, Dato' S.K
Devamani telah meluangkan masa untuk bertemu dengan peserta Kursus
Masakan Belia. Seramai 30 orang peserta kursus yang berumur antara 21
hingga 30 tahun begitu teruja dengan kehadiran YB Timbalan Menteri itu.
Menurut mereka ini adalah kali pertama mereka dapat bertemu sendiri
dengan Pemimpin peringkat Nasional seperti Dato' S.K Devamani, kerana
selama ini wajah beliau hanya dapat dilihat melalui akhbar atau kaca
televisyen.
Dalam ucapannya Dato' S.K Devamani menyentuh mengenai komitmen kerajaan membangunkan modal insan melalui Agensi Kerajaan seperti KEMAS. Menurut Dato' S.K Devamani lagi, peranan KEMAS bukan setakat memberi pendidikan kepada kanak-kanak namun KEMAS juga berperanan meningkatkan kemahiran kepada golongan dewasa seperti yang dilakukan melalui kursus yang dianjurkan.
Beliau juga turut memuji peserta kursus yang menyahut cabaran serta tidak mempersiakan kemudahan yang diberi oleh pihak kerajaan demi kebaikan serta faedah rakyat sendiri. Majlis ringkas itu turut dihadiri oleh Yang Berbahagia Dato' Haji Mohd Zulkafli Bin Haji Harun. Tetamu-tetamu kehormat yang hadir juga berpeluang menikmati jamuan yang telah disediakan oleh para peserta sendiri. Di akhir Majlis YB Dato' S.K Devamani telah menyampaikan Sijil Penyertaan kepada peserta kursus.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan