PENYAMPAIAN HEMPER (PTSR) BAGI KAUM INDIA
Oleh: Wartawan Media KEMAS Lumut
LUMUT – 15
Mac 2013 bertempat di Dewan Orang Ramai Kampung Spynie kayan telah diadakan
“Program Titik Sentuhan Rakyat” (PTSR). Program ini bertujuan untuk memberi
pendedahan kepada penduduk setempat agar mereka dapat merasai bahawa mereka
didekati oleh pemimpin tempatan sejajar dengan matlamat kerajaan dengan Slogan
“3P”. Dengan itu KEMAS Parlimen Lumut telah turun padang
ke akar umbi untuk menyalurkan maklumat terkini disamping memberi sedikit
sumbangan supaya mereka dapat merasai bahawa diri mereka dihargai.
Program tersebut telah
dihadiri oleh Ketua MIC En R. Vikneswaran a/l Ragasami dan Jawatankuasa Cawangan
Kampung Spynie, Ketua Wanita cawangan dan seluruh penduduk kampung tersebut.
Turut hadir dalam program tersebut ialah Pegawai KEMAS Daerah Manjung En Nor
Heazi Aswal bin Hj Norbani, Penyelia Kanan, Penyelia-penyelia dan Pemaju
Masyarakat KEMAS Parlimen Lumut.
Ketua MIC Cawangan telah
mengalu-alukan kehadiran Pegawai KEMAS Daerah dan kakitangan juga kepada semua jemputan yang hadir.
Dalam ucapan Pegawai KEMAS
Daerah pula memaklumkan bahawa Program seumpama ini adalah untuk mendekatkan
lagi golongan India
dengan Agensi kerajaan dan mereka tidak pernah dilupakan bahkan Titik Sentuhan
Rakyat ini akan sampai, walaupun berada di pendalaman.
Beliau merasa bangga dengan
kehadiran yang begitu menggalakkan dari penduduk setempat walaupun di kampung
itu hanya terdapat 40 buah rumah tetapi kehadiran penduduk yang hampir 100
orang amat membanggakan. Dimaklumkan juga bahawa pengundi disini adalah seramai
380 orang dan mengharapkan dengan tenaga seramai ini dapat menawan semula DUN
Pasir Panjang demi Agama, Bangsa dan Negara di PRU ke -13 nanti.
Beliau berkata” Saya juga
merasa gembira dapat berjumpa dengan pemimpin-pemimpin kampung ini, Ahli
jawatankuasa serta penduduk yang begitu perihatin dengan program, dan menerima
baik kunjungan pihak kami untuk mengadakan program ini. Sejajar dengan matlamat kerajaan
agar agensi turun ke kampung-kampung menyelami perasaan rakyat hingga ke akar
umbi”.
Tegas beliau lagi ” Saya mengharapkan penduduk kampung ini dapat terus
menyokong kepimpinan yang ada sekarang yang jelas telah banyak memberi peluang
dan ruang kepada kita semua dan bersyukur kerana negara Malaysia sebuah negara
yang berbilang kaum yang hidup aman dan bebas dari segala ancaman.
Akhir sekali beliau merakam kan setinggi terima kasih kepada ketua MIC dan
Jawatankuasa kerana telah memberi kerjasama dalam program Titik Sentuhan Rakyat
ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan