BUKIT GANTANG,
27/3/2013 ( Rabu ) - Dalam usaha KEMAS memperluaskan skop program kemahiran
yang mempunyai prospek yang luas pada masa hadapan kepada kumpulan sasar adalah
Dandanan Diri. Kursus ini juga dapat membantu masyarakat luar bandar untuk
lebih berketrampilan dan mempelajari daripada menghadapi masalah personaliti
seperti kekurangan idea, kegugupan bila berhadapan dengan orang ramai dan
penampilan diri yang tidak kemas yang mana boleh membawa kepada perasaan rendah
diri apabila dikhalayak ramai. Kursus ini juga tidak terhad kepada ketrampilan
diri semata-mata tetapi juga mampu diperluaskan kepada mewujudkan tenaga mahir
didalam bidang tersebut serta mampu menjana ekonomi kepada golongan muda yang
berminat.
Seramai hampir 90
orang peserta yang hadir ke kursus ini yang dilaksanakan di dua tempat iaitu di
Kampung Sungai Che Rahmat ( 29/3/2013 ) dan Kampung Padang Gajah ( 27/3/2013 ). Kursus ini mendapat
sambutan diluar jangkaan kerana hampir 6 tahun KEMAS Parlimen Bukit Gantang
tidak mempunyai PM PKK dan juga PM PK. Hal ini dikatakan telah membuktikan
keprihatinan KEMAS kepada masyarakat setempat.
Didalam program ini
PM PKK, Pn. Asra Nooraiza binti Abd. Rahim telah menunjukkan cara pemotongan
rambut trend masa kini, teknik pembersihan dan pengeringan rambut yang betul
dan cara mengelakkan kelemumur bagi pemudi yang bertudung. Kursus ini turut
disertai oleh 7 orang peserta lelaki yang berminat. Peserta turut diberikan
penerangan isu-isu semasa oleh Pn. Selabiah binti Awang dan peserta menyambut
baik maklumat yang disampaikan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan