Oleh: Wartawan Media KEMAS Lumut
LUMUT – 23 Mac 2013 (Sabtu) bertempat di Dataran Arena
Square Pangkor, Jalan Pasir Bogak. Pertandingan Mewarna bagi kanak-kanak yang
berumur 5 & 6 tahun bermula jam 9.30 pg hingga 10.30 pagi.
Program
tersebut dihadiri oleh YAB Dato’ Seri DiRaja Dr. Zambry b. Abdul Kadir (Menteri
Besar Perak bersama isteri Datin Seri Saripah bt. Zulkifli), Dato’ Seri Kong
Cho Ha (Menteri Pengangkutan Malaysia), Tuan Pegawai Daerah Manjung, Tuan Yang
DiPertua Daerah Manjung, Pengarah RTM Negeri Perak, Pengarah TM Negeri Perak,
Pegawai Khas ADUN Pangkor, Pemimpin-pemimpin tempatan seperti Pengerusi JKKK
dan AJK, Ketua Cawangan dan AJK dan sebagainya.
Program
ini telah diserikan lagi dengan hadiah yang lumayan berupa basikal. Pemenang di tempat Pertama, Kedua dan Ketiga sumbangan
daripada KEMAS Parlimen Lumut dan saguhati menerima hamper berisi beg sekolah
dan barangan cenderahati sumbangan daripada TM Negeri Perak. Hadiah pemenang telah di sampaikan oleh Pn.
Azlin bt. Hj. Taib (Pengurus TM Consumers Sales Negeri Perak).
Peserta hanya di ambil daripada seluruh
kawasan Pulau Pangkor. Kehadiran peserta
seramai 130 orang yang melibatkan TABIKA KEMAS Pekan Pangkor, TABIKA KEMAS
Teluk Kecil, TABIKA KEMAS Teluk Dalam, PASTI Pangkor, Star Of The Sea, Pra-Sekolah
SK Seri Pangkor dan Tadika Tamil Sri Sakthi.
Sambutan daripada masyarakat
terhadap program ini amat meriah dan menggalakkan walaupun jumlah peserta
mewarna pada kali ini agak menurun daripada sebelumnya memandangkan musim cuti
persekolahan dan banyak kenduri di kampung-kampung dalam Zon Pulau Pangkor.
Pemenang
bagi Pertandingan Mewarna Kanak-kanak 5 & 6 tahun pada kali ini adalah Johan
– Nurul Najwa Hanani bt. Abdul (TABIKA KEMAS Pekan Pangkor), Naib Johan – Nurul
Nabila bt. Ismail (Star Of The Sea) dan Ketiga – Nur Syifaa Safia bt. Hamizal
(TABIKA KEMAS Pekan Pangkor) dan 17 orang lagi telah menerima hadiah saguhati .
Tahniah kepada pemenang, yang kurang bernasib
baik cuba
lagi pada masa akan datang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan