PADANG RENGAS - 07 MAC 2013 lalu, sebanyak 20 buah keluarga daripada Kg. Laneh dan Kg. Paya Lintah telah terpilih bagi menerima kunjungan sentuhan kasih daripada pihak KEMAS Parlimen Padang Rengas. Dalam kunjungan tersebut pihak KEMAS turut menyalurkan sumbangan berbentuk barangan makanan bagi membantu mengurangkan beban keluarga tersebut. Antara keluarga yang terpilih adalah daripada golongan OKU, Warga Emas dan golongan berpendapatan sederhana. Pemberian tersebut telah disempurnakan oleh Cik Khairun Nisa' binti Roshdi, Pegawai KEMAS Daerah Kuala Kangsar.
Program ini telah disambut baik oleh Jawatankuasa Kampung dan memberi impak yang positif kepada masyarakat kampung mengenai persepsi terhadap pihak kerajaan yang ada sekarang dalam membela masyarakat luar bandar khususnya. Perkara ini turut dizahirkan oleh beberapa buah keluarga yang menerima kunjungan tersebut yang melahirkan rasa syukur dan berterima kasih diatas keprihatinan pihak KEMAS terhadap mereka dan berharap program begini akan berterusan bagi membantu masyarakat luar bandar.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan