Rabu, 27 Mac 2013

PROGRAM SENTUHAN KASIH PARLIMEN GERIK (PTSR)

 

Program Sentuhan Kasih Kemas DUN Temenggor telah menyerahkan hamper kepada warga emas di Kampung Alai, Seramai 6 orang penerima telah diberikan hamper yang berupa makanan dan keperluan peribadi. Penyerahan hamper ini disampaikan oleh Pn. Siti Khadijah Bt. Junoh, Penyelia Perhubungan Kemas Gerik, Program ini telah dilaksanakan bersama Program Demo Masakan Kek Lapis Sarawak di Bengkel Kelas Masakan Kampung Alai. Lebih 25 orang telah hadir untuk mempelajari cara-cara memasak Kek Lapis Sarawak yang sememangnya menjadi kesukaan ramai. Penduduk yang hadir pada program masakan  sangat bersemangat untuk mempelajari kek ini dan berharap mereka dapat membuat serta menjualnya sebagai pendapatan sampingan selain hanya berkerja kampung.

 

Kelas masakan sebegini mendapat perhatian dan disenangi oleh kebanyakan warga Kampung Alai. Malah mereka juga berharap kelas masakan sebegini dapat diteruskan dari masa ke semasa dengan pelbagai resepi yang dapat menampah hasil pendapatan mereka kelak.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ANTARA PAPARAN SEBELUM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...