TAPAH - Pada 05 Mac 2013, KEMAS Parlimen Tapah
telah mengadakan Program Titik Sentuhan Rakyat Siri 1 - Demonstrasi Jahitan Keronsang di Kg Lubuk Mas, Chenderiang. Antara jemputan yang hadir
adalah Puan Eliza Mazlin selaku Penyelia Pembangunan Desa dan DUN Chenderiang, Ahli Jawatankuasa Wanita UMNO Bahagian Tapah dan penduduk
kampung setempat.
Program ini bertujuan untuk merapatkan hubungan antara
masyarakat dan pemimpin tempatan disamping para peserta dapat mempelajari jahitan ini. Selain itu, para peserta juga didedahkan maklumat dasar-dasar
kerajaan dan isu-isu semasa.
Menurut Puan Eliza, KEMAS sentiasa menepati kehendak
masyarakat selaras dengan perkembangan semasa. Seramai 20 orang dari kalangan penduduk yang hadir bagi memeriahkan program ini.
Penduduk Kampung Lubuk Mas mengucapkan terima kasih kepada KEMAS Daerah
Batang Padang di atas program yang dianjurkan dimana mereka dapat menambah dan
memantapkan lagi pengetahuan mereka mengenai masakan. Mereka juga meminta agar
program sebegini diadakan lagi pada masa yang akan datang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan