TAPAH - Pada 07 Mac 2013, KEMAS Parlimen Tapah
telah mengadakan Program Titik Sentuhan Rakyat (PTSR) Siri 1 - Demonstrasi Masakan di Kg Bermin. Antara jemputan yang hadir
adalah Puan Sapuezam binti Mohd Talib selaku Penyelia Pendidikan Masyarakat KEMAS Parlimen Tapah, Ketua Wanita UMNO cawangan Kg Bermin dan penduduk
kampung setempat.
Program ini bertujuan untuk merapatkan hubungan antara
masyarakat dan pemimpin tempatan disamping para peserta dapat mempelajari
resepi ini. Selain itu, para peserta juga didedahkan maklumat dasar-dasar
kerajaan dan isu-isu semasa.
Menurut Puan Sapuezam binti Mohd Talib, KEMAS sentiasa menepati kehendak
masyarakat selaras dengan perkembangan semasa. Seramai 30 orang dari kalangan penduduk kampung yang hadir bagi memeriahkan program ini.
Penduduk Kampung Bermin mengucapkan terima kasih kepada KEMAS Daerah
Batang Padang di atas program yang dianjurkan dimana mereka dapat menambah dan
memantapkan lagi pengetahuan mereka mengenai masakan. Mereka juga meminta agar
program sebegini diadakan lagi pada masa yang akan datang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan