YB Dato' S.K
Devamani, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri telah sempat untuk
meluangkan masa bertemu dengan masyarakat Orang Asli di Kg Bawong Sg
Siput pada hari ini (21.3.2013), semasa Program Diskusi Ilmiah anjuran
KEMAS Sungai Siput. Program yang dihadiri lebih 90 orang masyarakat OA
itu didahului dengan ceramah yang disampaikan Ustaz Wazer Bin Hambali.
Pemimpin-pemimpin OA termasuk Pengerusi JKKK Chenein En Hasan bin Ngah melahirkan penghargaan kepada pihak KEMAS Sungai Siput kerana melalui program yang dianjurkan pada hari ini telah dapat menemukan masyarakat OA dengan Pemimpin. Dalam ucapan Dato' S.K Devamani juga memberi penghargaan yang sama kepada pihak KEMAS kerana melalui program tersebut juga beliau telah dapat hadir ke Kampung Bawong. "Lebih bermakana kerana Program yang dikendalikan oleh pihak KEMAS pada hari ini telah dapat membawa saya bertemu dengan hampir semua Tok Batin serta Pemimpin-Pemimpin masyarakat OA di sekitar Chior Lasah", katanya.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan