BAGAN SERAI – Anak yatim
disayangi , warga emas dihargai ,ibu tunggal diingati . Itulah yang tersirat
dalam Program Titik Sentuhan Rakyat (PTSR) yang dianjurkan oleh KEMAS kawasan Bagan Serai di bawah unit
perhubungan . Program ini telah berlangsung di DUN Alor Pongsu
Program ini
adalah program turun padang untuk mendekati golongan anak yatim warga emas dan ibu tunggal agar mereka tidak
berasa dipinggir oleh masyarakat di samping memberi peluang kepada mereka untuk
beramah mesra serta bersua muka dengan pemimpin-pemimpin tempatan yang jarang
ditemui .Selain itu, program khidmat sosial ini adalah satu usaha untuk
menyalurkan bantuan kepada mereka yang kurang berkemampuan .
Sumbangan yang diberikan merupakan barangan keperluan dapur .Seramai100 orang yang terdiri daripada anak yatim, ibu tunggal dan warga emas telah menerima sumbangan ini. Program ini telah berlangsung selama 5 hari bermula 5 Mac yang lalu .
Progam ni
telah mendapat pujian dari YB Dato’ Sham kerana beliau merasakan program ini
amat bagus dan perlu diteruskan pada masa akan datang kerana melalui program
ini, beliau dapat mengetahui permasalahan masyarakat di peringkat bawahan dengan
lebih cepat dan tepat .
Tiada ulasan:
Catat Ulasan