Oleh : Bintu darus
Tujuan program ini diadakan bagi mengeratkan hubungan silaturrahim antara KEMAS dengan penduduk sekitar. Selain itu, ianya bagi mendedahkan masyarakat di kampung ini berkenaan dengan peranan KEMAS. KEMAS bukan hanya menitikberatkan pendidikan awal kanak-kanak sahaja malah KEMAS juga menitikberatkan pendidikan masyarakat dan pendidikan rohani masyarakat.
Majlis ini dimulai dengan bacaan yassin yang dipimpin oleh Ustazah Nurmah binti Mahiram, Pemaju Masyarakat Bina Insan KEMAS Parlimen Tg. Malim. Kemudian majlis diteruskan dengan tazkirah mengenai "Tugas Khalifah di atas muka bumi Allah". Tazkirah ini menyentuh tanggungjawab manusia dalam mempertahankan negara yang mencakupi tugas-tugas manusia sebagai khalifah Allah s.w.t.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan