DEMONTRASI
JAHITAN MANIK PADA TUDUNG DAN PENERANGAN ISU-ISU SEMASA
Seramai
lebih 60 peserta telah hadir ke Program Demonstrasi Jahitan Manik yang
telah dianjurkan oleh pihak KEMAS Sungai Siput pada 5 Mac 2013. Program
tersebut telah diadakan di Kampung Suak Pelang. Melalui Program tersebut,
para peserta yang merupakan dari kalangan penduduk dan peserta kelas
Pendidikan Kemahiran KEMAS berpeluang untuk bertemu dengan para Pemimpin
serta dapat menyuarakan keperluan Penduduk disitu.
Duta Khas
(Infrastruktur) Kerajaan Malaysia ke India, Dato Seri S.Samy Vellu serta
Pengerusi Majlis Pembangunan Luar Bandar Parlimen Sungai Siput, Dato'
Haji Mohd Zulkafli Hj Harun telah meluangkan masa bertemu dengan para
peserta yang hadir di Program tersebut. Turut hadir adalah Kepimpinan JKKK, antara perkara yang dibangkitkan
semasa sesi dialog, penduduk memohon agar pihak
kerajaan dapat mempertimbangkan untuk membina jalanraya untuk laluan ke kawasan kebun mereka bagi mempertingkatkan kemudahan
serta keselamatan penduduk untuk mencari rezeki harian mereka.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan