BAGAN SERAI :- Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) di bawah unit Bina Insan telah melaksanakan program Diskusi Ilmiah di Kampung Parit 4 , Selinsing pada 30 Mac 2013 . Program ini telah berlangsung pada jam 3.00 petang dan berakhir pada jam 6.00 petang. Program ini dihadiri Tuan Haji Abdul Moin Bin Mustaffa , Penyelaras DUN Selinsing dan penceramah jemputan Ustaz Khairul Asyraf Bin Zulkifli dari Pejabat Pentadbiran Agama Islam Daerah Larut Matang selama .
Ustaz Khairul Asyraf yang berceramah selama dua jam itu telah menyentuh soal perpaduan dikalangan umat Islam kerana dilihat umat Islam pada hari ini sudah mula berpecah. Menurut beliau,perpaduan dikalangan masyarakat perlu dipupuk supaya keharmonian dan keamanan negara sebagai Negara Islam dapat dikekalkan .
Tiada ulasan:
Catat Ulasan