Khamis, 18 April 2013

KURSUS DIADAKAN BAGI MENAMBAH PENDAPATAN


Pada 19 Mac 2013 bertempat di Bengkel Jahitan Kg. Sri Kinta telah diadakan Kursus Jahitan Tudung bagi menambah pendapatan kepada peserta yang mengikuti kursus tersebut. Seramai 23 orang telah menawarkan diri untuk mengikuti kursus kerana ia merupakan kursus jahitan membuat tudung  yang amat diminati oleh golongan wanita. Kursus jahitan tudung ini dapat memberi peluang kepada peserta kemahiran membuat tudung berbagai fesyen agar dapat dipakai kegunaan sendiri atau dijual kepada kawan-kawan yang berminat disamping dapat menambah pendapatan mereka. 


Kursus ini telah dirasmikan oleh Penyelia Kanan KEMAS Ipoh Timor iaitu En Hasri B Karim. Beliau menekankan bahawa peruntukan yang telah disalurkan oleh pihak Kerajaan  kepada masyarakat luar bandar agar dapat meningkatkan ekonomi mereka dengan mengadakan kursus kemahiran yang dapat digunakan sepenuh oleh masyarakat untuk menceburi dalam bidang perniagaan.


Peserta-peserta begitu teruja dengan kursus yang diadakan dan memohon agar kursus seperti ini diadakan lagi dimasa akan  datang dalam bidang yang lain.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ANTARA PAPARAN SEBELUM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...