gambar : teja
Parlimen Larut P056 telah diwakili oleh YB. Dato' Hamzah Bin Zainuddin (BN) dan ditentangi oleh Dato' Fauzi Bin Shaari (PAS) dan M V Ravindran a/l Varikana ( BEBAS) manakala bagi dun -dun ,N 05 Selama ,YB Dato' Haji Mohd Daud Bin Haji Mohd Yusof (BN) dan Ustaz Akmal Bin Kamaruddin (PAS).N 06 Kubu Gajah , Encik Hasbullah Bin Alias (BN) dan Mohd Nazri Bin Din (PAS) dan yang terakhir bagi N 07 Batu Kurau , Dr,Mohamad Amin Bin Zakaria ((BN) ditentangi oleh Ustaz Fadzil Bin Alias (PKR).Kesemua bakal calun telah hadir seawal 8.00 pagi dengan ditemani isteri,wakil calun,pencadang dan barisan penyokong yang setia hadir seawal pagi bagi menyatakan sokongan mereka terhadap parti Barisan Nasional.
Penamaan calun telah berlangsung pada jam 9.00 pagi ,dengan dimulai bacaan doa dan Berarak bersama calun dengan diiringi dengan bacaan selawat sehingga semua bakal calun sampai ke Bilik Mesyuarat Pejabat Daerah dan Tanah Selama,Perak untuk penamaan calun dan semakan .Suasana aman dan tiada sebarang provokasi dari kedua-dua penyokong.Panamaan calun selesai dengan pengumuman calun -calun yang bertanding pada jam 11.00 pagi oleh Tuan Haji Mohd Yusuf Bin Abustan ,Pen .Pegawai Daerah Selama.Majlis selesai dengan bacaan doa oleh YB. Kapt(B) Haji Najmuddin Bin Alias Al-Hafiz (Mantan ADUN Batu Kurau) memohon agar PRU kali ini dapat mengembalikan kekuatan Parti Barisan Nasional di Parlimen Larut ini agar BN terus memerintah bumi bertuah ini, Perak ini dan Malaysia yang kita cintai ini. Lautan Biru Menjadi Sejarah ,sokongan kembali beralih arah...Hidup BN
Tiada ulasan:
Catat Ulasan