BAGAN SERAI - KEMAS Kawasan Bagan Serai dibawah unit Bina Insan telah mengadakan satu majlis bacaan yassin bersama penduduk di Surau Kampung Sungai Perikan pada 29 Mac 2013 .Majlis yang bermula pada jam 3.00 petang itu berjalan lancar dan diketuai oleh Ustaz Abd Manaf .
Tujuan Majlis ini di adakan adalah untuk memupuk nilai kerohanian dan menggeratkan ukhwah antara masyarakat dan agensi kerajaan .Program ini adalah sejajar dengan matlamat KEMAS untuk memberi perkhidmatan yang sopan , berkualiti dan mesra kepada masyarakat .
Tiada ulasan:
Catat Ulasan