Oleh:
Charmila Tagore
Foto: Ashwarya Rai
Sungai Baru, Jumaat, 22 March 2013,
bertempat di Pusat Masakan KEMAS Sungai Bharu telah diadakan Kursus Masakan
yang disasarkan kepada golongan remaja. Bengkel
ini dianjurkan oleh Jabatan Kemajuan Masyarakat Kawasan Parit Buntar bagi
menarik minat golongan remaja dalam bidang masakan. Kursus ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan dari
para peserta dimana seramai 60 orang
peserta dalam lingkungan 21 tahun keatas telah terlibat mengikut kursus ini.
Pelbagai demontrasi masakan dan
latihan amali secara berkumpulan telah diadakan seperti Demontrasi Masakan
Nasi Tomato, Ayam Masak Merah,
Jelatah Sayur, Kek Coklat Moist dan Coklat Cube. Para peserta telah diberi bimbingan dan
latihan oleh dua orang Jurulatih yang berpengalaman iaitu Puan Rohana binti Haji Mohamed, Pemaju Masyarakat Pusat Masakan KEMAS Sungai
Bharu dan Cik Nor Rasidah binti Abu Bakar, Pemaju Masyarakat Pendidikan
Kesejahteraan Keluarga.
“Semoga kursus ini memberi manfaat
kepada remaja dan seterusnya menyuburkan
minat dalam bidang masakan kerana ia merupakan satu bidang yang berpotensi
untuk dijadikan kerjaya serta menambah pendapatan” kata Yang Berusaha Tuan Haji
Mohd Salleh bin Mat Disa dalam ucaptamanya. Beliau mahu peserta-peserta lelaki
yang hadir dalam kursus membuktikan bahawa kaum lelaki lebih hebat memasak dari
kaum wanita..
Semua peserta berasa seronok kerana
dapat menimba pengalaman baru dan memperolehi pelbagai resepi masakan, mereka
sudah tidak sabar lagi untuk pulang dan mencubanya di rumah. Bagi Mohd Firdaus
bin Mohd Saat yang begitu teruja menyatakan, “Ini adalah julung kalinya beliau
menyertai kursus masakan dan jika sebelum ini, beliau hanya tahu makan sahaja
apajua yang dimasak oleh ibunya, selepas ini, beliau pula akan memasak untuk
ibu dan keluarga”. Sahabatnya, Azrul Faizan bin Hassan mencelah, katanya,
“Masakan dari air tangan sendiri adalah lebih sedap dari masakan yang dibeli di
kedai”. Kalau dulu, beliau tidak minat memasak tetapi setelah mengikuti kursus
ini, minat itu datang sendiri dan beliau tidak sabar lagi untuk cuba sendiri
memasak resipi-resipi yang diperolehi dan menjadikan bidang masakan sebagai pekerjaan, kata Ridwan Jaafar kepada wartawan
Bulkep. Tiga sahabat ini tidak akan melepaskan peluang jika ditawarkan lagi untuk mengikuti kursus-kursus masakan seperti ini dimasa-masa akan datang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan