10 buah rumah masyarakat India yang telah dipilih dan dikunjungi bersama 3 buah konvoi berkereta. Mereka amat gembira dengan kehadiran pihak KEMAS dan mereka menyambut baik walaupun mereka tidak fasih berbahasa Melayu tetapi masih mahu beramah mesra.
Turut hadir bersama program ini ialah Penyelia Kanan KEMAS Kawasan Lumut Pn Jamaliah Bt Hassan dan Pemaju Masyarakat TBK KEMAS Parlimen Lumut.
Amat membanggakan kerana mereka terdiri
dari golongan yang kurang berkemampuan tetapi mereka kaya dengan budi bahasa
dan menyokong kepimpinan yang ada sekarang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan