Oleh:
Wartawan Media KEMAS Lumut
LUMUT - Seramai 25 buah keluarga kaum India daripada Taman Hijau telah menerima
kunjungan sentuhan kasih daripada pihak KEMAS Parlimen Lumut kepada golongan
Orang Kurang Upaya (OKU), Warga Emas dan golongan berpendapatan sederhana.
Dalam kunjungan tersebut pihak KEMAS turut menyalurkan sumbangan
berbentuk barangan makanan bagi membantu mengurangkan beban keluarga
tersebut.
Program ini telah memberi kesan yang positif kepada masyarakat tempatan mengenai persepsi terhadap pihak kerajaan yang ada sekarang dalam membela masyarakat luar bandar khususnya. Menyedari dan menyelami perasaan rakyat di akar umbi maka pihak KEMAS Lumut telah mengambil kesempatan yang ada untuk membantu mereka yang memerlukan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan