"Tiada tertinggal, tiada terpinggir". Itulah yang telah dilakukan oleh KEMAS Parlimen Tg. Malim pada 12 April 2013 yang lepas. Memegang prinsip tidak meminggirkan kaum India di DUN Behrang ini, kerajaan melalui KEMAS telah memberi sedikit sumbangan kepada kaum ini bagi mengurangkan beban keluarga-keluarga ini.
Awan di langit sudah nampak kelabunya. Ini menandakan hujan akan turun bila-bila masa sahaja. Tetapi itu tidak mematahkan semangat SKUAD KEMAS dalam mengagihkan sumbangan ini kepada kaum India yang terpilih. Dengan semangat yang berkobar-kobar KEMAS mendekati masyarakat ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan