Khamis, 18 April 2013

"TALAM TOKYO" TARIK MINAT WARGA FELDA

Oleh : Bintu Darus

Hendak makan Talam Tokyo? Tidak perlu pergi sampai ke Tokyo...di Malaysia pun boleh dapat.  Nama yang unik......itulah masakan yang dipersembahkan dalam program demonstrasi masakan yang telah dijalankan oleh Puan Moli bt Taharim, Pemaju Masyarakat Pendidikan Kesejahteraan Keluarga KEMAS Parlimen Tg. Malim pada 12 April 2013 yang lepas.



Resepi ini telah menarik minat penduduk di perkampungan Tanah Rancangan Felda Trolak Utara untuk hadir bagi bersama-sama mempelajari 'Talam Tokyo' ini.  "Tak kenal maka tak cinta", walaupun rupanya tidak seindah namanya tetapi rasanya cukup enak.


Program ini diadakan bagi mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara penduduk tanah rancangan ini dengan KEMAS. Selain itu, ianya bagi mendedahkan masyarakat bahawa peranan KEMAS bukan setakat untuk pendidikan kanak-kanak sahaja malah KEMAS juga mempunyai pendidikan kesejahteraan keluarga dan kerohanian insaniah.


Harapan penduduk disini semoga program seperti ini akan sentiasa diteruskan dari masa ke semasa.  Dengan izin Allah, KEMAS akan sentiasa membantu dalam memajukan masyarakat luar bandar khususnya. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ANTARA PAPARAN SEBELUM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...