KEMAS PARLIMEN LUMUT MERIAH
Turut
hadir dalam majlis tersebut ialah Tn Pengarah KEMAS Negeri Perak Tuan
Ahmad Kamal Idris bin Hj Mohd Nawawi,Ketua-ketua Jabatan, UMNO Bahagian
Lumut, JAwatankuasa Aktiviti KEMAS Parlimen Lumut dan juga masyarakat
setempat.
Majlis
yang diselitkan bersama dengan alunan muzik Akustik dari Samudera dan
persembahan Fesyen Busana Muslimah dari pelajar Institut Latihan KEMAS
Seri Iskandar telah memeriahkan lagi majlis ini.
Disamping
itu juga majlis ini turut meraikan pelajar cemerlang UPSR, SPM dan STPM
juga tidak dilupakan kepada anak-anak Yatim sekitar Manjung.Mereka ini
telah mendapat sedikit sumbangan dari PUSPANITA Daerah Manjung dan juga
Wanita UMNO Bahagian Lumut.
Kemeriahan
majlis ini dapat dirasai oleh semua hadirin kerana ditambahkan lagi
dengan acara cabutan nombor bertuah yang begitu banyak sekali dimana
hadiah ini telah ditaja oleh syarikat-syarikat yang bermurah hati untuk
memeriahkan majlis ini.
Selain
itu hadirin semua dihidangkan dengan pelbagai jenis juadah yang
menyelerakan dan pondok-pondok makanan yang disediakan oleh setiap
Pemaju Masyarakat mengikut Unit dan Zon.
Jawatankuasa
Buletin KEMAS Parlimen Lumut mengambil kesempatan mengucapkan jutaan
Terima Kasih yang tidak terhingga kepada semua yang terlibat secara
langsung dan tidak langsung dalam mengendalikan majlis ini. Kepada Ahli
Jawatankuasa Aktiviti KEMAS dan semua Warga KEMAS Parlimen Lumut Terima
Kasih Daun Keladi, InsyaAllah di tahun hadapan kita berjumpa lagi dalam
majlis yang sama.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan