1.
Program pendidikan awal
kanak-kanak yang dianjurkan oleh KEMAS dikenali sebagai Taman Bimbingan
Kanak-kanak (Tabika) merupakan program yang memberi peluang pendidikan awal
bagi kanak-kanak yang berumur 4 hingga 6 tahun.
2.
Pra Sekolah KEMAS
Parlimen Lumut terdiri dari 68 buah kelas dan mempunyai 1,495 orang murid
dimana ianya diawasi oleh 69 orang guru
yang berpendidikan Diploma Awal Kanak-kanak. Pada Hari Graduasi ini menampilkan
548 orang kanak-kanak berusia 6 tahun.
3.
Disamping itu, di
Tabika juga telah dibantu oleh Pembantu
Pemaju Masyarakat Sukarela (PPMS) seramai 70 orang yang di tempatkan di setiap
Tabika dimana tugasan mereka adalah membantu tugasan guru bagi melancarkan sesi
pembelajaran kanak-kanak terutama di waktu rehat dimana kanak-kanak dihidangkan
dengan menu yang telah dimasak oleh pembantu sukarela ini.
Sesi pengajaran dan pembelajaran bermula pada
jam 8.00 pagi dan berakhir pada jam 12.00 tgh.
4.
Disamping pengajaran dan
pembelajaran berjalan seperti biasa, kanak-kanak Tabika berpeluang untuk
menyertai acara tahunan iaitu hari Potensi, sukaneka, lawatan pendidikan,
Konvokesyen@ Graduasi, sambutan hari Kebangsaan dan terdapat juga aktiviti
ko-kurikulum seperti kelas Iqra’ dan kelas belajar cepat membaca
5.
Kanak-kanak akan diberi
makanan seimbang pada waktu sarapan pagi dan rehat jam 10.00 pagi. Ianya telah dibekalkan
oleh Ibu pejabat KEMAS Putrajaya dengan kerjasama pakar pemakanan dari
Kementerian Kesihatan dimana menu yang disediakan adalah yang berkhasiat dan
berkualiti.
6. Konsep Tabika KEMAS ialah ‘Belajar Melalui Bermain’ yang diselaraskan
dengan sifat semulajadi kanak-kanak iaitu bermain, ingin tahu dan mencuba.
Konsep tersebut kemudiannya diperluaskan kepada menguasai kemahiran 4M
(Membaca, Menulis, Mengira dan Menaakul) yang menggunakan standart kurikulum
Pra Sekolah Kebangsaan.
Konsep ini bertujuan untuk memberi peluang dan galakan kepada kanak-kanak menguasai kemahiran asas dan pengalaman yang akan memudahkan mereka menerima pendidikan formal di sekolah rendah apabila mereka melangkah masuk ke alam persekolahan sebenar.
Konsep ini bertujuan untuk memberi peluang dan galakan kepada kanak-kanak menguasai kemahiran asas dan pengalaman yang akan memudahkan mereka menerima pendidikan formal di sekolah rendah apabila mereka melangkah masuk ke alam persekolahan sebenar.
7. Disamping itu, ia juga bagi meningkatkan kecemerlangan potensi individu
kanak-kanak secara menyeluruh, seimbang dan bersepadu. Pengetahuan dan
kemahiran kanak-kanak ditingkatkan dengan pemupukan dan pengukuhan kepada
amalan nilai-nilai murni melalui usaha-usaha dan program yang terancang dan
berstruktur.
Usaha ini bertujuan melahirkan pewaris cemerlang negara yang dibimbing dan dididik dalam suasana dan persekitaran yang sihat, ceria, cerdas dan cerdik serta selamat di samping kerjasama erat dengan ibu bapa.
Usaha ini bertujuan melahirkan pewaris cemerlang negara yang dibimbing dan dididik dalam suasana dan persekitaran yang sihat, ceria, cerdas dan cerdik serta selamat di samping kerjasama erat dengan ibu bapa.
8. Objektif utama penganjuran Hari Graduasi ini adalah untuk memberi
pengiktirafan kepada kanak-kanak berumur 6 tahun yang telah menamatkan
pembelajaran di peringkat prasekolah di Tabika KEMAS dan bagi meningkatkan keyakinan diri mereka sebelum
memasuki alam persekolahan. Ia juga sebagai salah satu program sosialisasi
untuk memasyarakatkan kanak-kanak ini dengan dunia luar selain mempersiapkan
mereka dengan sahsiah,sosial, kemahiran, jati diri, fizikal dan mental.
9. Selain itu, Tabika KEMAS adalah platform bagi anak-anak
belajar dan membina keyakinan diri supaya potensi mereka dapat dikembangkan. Usaha
seperti ini dilihat sebagai medan
terbaik bagi semua kanak-kanak meningkatkan keyakinan diri dan membolehkan
mereka menyuarakan pandangan mereka mengikut saluran yang betul.
10. Peranan untuk
mengembangkan lagi potensi kanak-kanak tidak hanya terletak pada guru-guru,
akan tetapi melibatkan sokongan padu ibu bapa bagi mencorakkan kebolehan mereka
ke tahap yang lebih baik.
11. Diharap program sebegini akan dapat menyemaikan rasa keinginan
kanak-kanak untuk terus berjaya dan menyematkan sikap ingin belajar bersungguh hingga
ke Manara Gading seperti mana impian setiap ibu bapa yang mendoakan
kecemerlangan anak-anak demi masa depan mereka kelak
Tiada ulasan:
Catat Ulasan