3 Februari,Gopeng - KEMAS Daerah Kinta/Kampar telah mengadakan Bengkel Pengusaha Bantuan Ekonomi Kampung (BEK) baru baru ini bertempat di Pusat Kegiatan Masyarakat (PKM) Gopeng selama 1 hari. Bengkel ini telah berjaya mengumpul 15 orang pengusaha dari 6 buah Parlimen di bawah KEMAS Daerah Kinta/Kampar.Sedikit info atau maklumat berkenaan BEK ini adalah Bantuan Ekonomi Kampung (BEK ) adalah pemberian terus
(geran) yang diberikan kepada pengusaha desa yang berdaya maju untuk
meningkatkan pengeluaran hasil dan kualiti produk masing masing khususnya di kampong
GDW. Program ini memberi peluang kepada pelatih KEMAS dan pengusaha yang kurang
berkemampuan serta kekurangan modal tetapi bersemangat tinggi meningkatkan
pengeluaran produk. Pelaksanaan BEK dapat merealisasikan dasar kerajaan untuk
menjanakan sumber kekayaan baru luar Bandar dan sektor pertanian sebagai enjin
pertumbuhan kedua ekonomi negara

Bengkel Pengusaha BEK ini telah dihadiri oleh 15 pengusaha 3P,Penyelia-penyelia 3P dari 6 buah Parlimen di dalam KEMAS Daerah Kinta/Kampar, Penyelia-penyelia Kanan Parlimen,Pegawai KEMAS Daerah Kinta/Kampar Puan Zalina Bt Zainal Abidin dan Penolong Pengarah Operasi 2 KEMAS Negeri Perak, Tuan Haji Mohamad Bin Husin. Objektif dan tujuan bengkel ini diadakan adalah untuk sama sama mengumpulkan pengusaha BEK dan seterusnya bersama sama berkongsi idea, pengalaman dan permasalahan yang timbul dalam mengurusakan perniagaan mereka.Disamping itu pengusaha dapat menyuarakan cadangan kepada pihak pengurusan KEMAS Negeri Perak.
![]() |
Sessi Pembentangan oleh Pengusaha |
![]() |
Ucapan Penutup oleh Penolong Pengarah Operasi 2 KEMAS Ng Perak |
Disediakan oleh : Istanbul
Tiada ulasan:
Catat Ulasan