Isnin, 7 April 2014

GERAI KEMAS DAPAT SAMBUTAN...

Program Jalinan Rakyat telah diadakan di Kg. Sungai Perah pada 6 Mac 2014, anjuran JAKOA Perak Tengah dan Hilir Perak bagi tahun 2014 dengan kerjasama Pejabat Daerah Perak Tengah. Pelbagai acara dilaksanakan termasuklah demonstrasi memasak, pertandingan rekaan pakaian dari bahan terbuang, pertandingan karaoke, acara padang dan sebagainya. Semoga dengan adanya aktiviti seperti ini dapat mengeratkan hubungan dan kerjasama antara masyarakat.


Gerai KEMAS Parit telah membuat demonstrasi Cheese Cake Leleh dan dikerumuni oleh masyarakat Kg. Sungai Prah yang berminat dengan masakan ini. Rata-rata mereka amat meminati kek yang dibuat kerana ianya adalah perkara baru bagi mereka. Untuk pengetahuan, cheese kek leleh telah disediakan oleh pemaju masyarakat kelas PKK Pn. Ramalah Jidi dan dan Pn. Junaidah Mohamad Yusof dan resipinya adalah dari Pn. Aini Retena. Semasa program juga turut diedarkan juga sample kek kepada pengunjung agar mereka dapat merasinya selepas belajar membuatnya. 

Selain daripada itu, kanak-kanak Tabika KEMAS Sg. Perah juga turut mengambil bahagian di dalam acara pertandingan rekaan pakaian daripada bahan terbuang. Ternyata kreatif sungguh mereka di dalam pengubahsuaian pakaian ini. Tahniah diucapkan kepada guru dan kanak-kanak tabika serta penglibatan ibubapa di dalam acara ini.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ANTARA PAPARAN SEBELUM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...