Seramai 30 orang telah menyertai Majlis Bacaan Yassin dan Tazkirah
dibawah Program Diskusi Ilmiah kendalian Unit Bina Insan KEMAS Sg Siput.
Program tersebut disertai oleh peserta Kelas Bina Insan dan sebahagian
penduduk di Kampung Batu 3. Tazkirah telah disampaikan oleh Yang
Berusaha Ustaz Wazer Bin Hambali, Penyelia Bina Insan KEMAS Sg Siput.
Ustaz Wazer mengingatkan kepada peserta yang hadir agar tidak mudah
terpengaruh dengan dakyah pihak tertentu yang sering menjadikan fitnah
sebagai senjata untuk mempengaruhi pemikiran rakyat.
Beliau juga turut menyentuh mengenai kebiadapan salah seorang Pemimpin Pembangkang yang menyatakan bahawa pencerobohan di Lahat Datu adalah satu sandiwara. Beliau juga menyatakan harapan agar rakyat dapat membuat pertimbangan sewajarnya serta tidak menerima bulat-bulat hasutan pihak-pihak tertentu demi jaminan generasi akan datang.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan