Ahad, 31 Mac 2013

BENGKEL GAYA HIDUP SIHAT 2013 KEMAS PARLIMEN PADANG RENGAS


Unit Prasekolah KEMAS Parlimen Padang Rengas telah menganjurkan "Bengkel Gaya Hidup Sihat 2013" di 2 tempat berasingan iaitu di Kg. Labu Kubong pada 4.3.2013 dan Kg. Kati pada 8.3.2013. Program yang menyasarkan ibu bapa serta Jawatankuasa Aktiviti Tabika KEMAS Parlimen Padang Rengas berjaya menarik hampir 170 orang peserta.

Bengkel ini bertujuan untuk memberi pendedahan mengenai kebaikan dan kepentingan mengamalkan pemakanan sihat dalam menjaga kesejahteraan keluarga. Selain menyalurkan pelbagai info dan ilmu pengetahuan, bengkel ini juga mengajar para peserta cara menyediakan sajian yang lazat, mudah dan berkhasiat.  Para peserta juga turut diberi peluang untuk bersama-sama memasak serta merasai sajian yang disediakan iaitu Murtabak Cream Craker dan Kek Buah. Ternyata acara ini amat disukai dan mendapat komitmen daripada para peserta. 
Turut hadir memberi sokongan pada bengkel tersebut Pegawai KEMAS Daerah Kuala Kangsar, Cik Khairun Nisa' binti Roshdi dan Penyelia Kanan KEMAS Parlimen Padang Rengas. Diharapkan bengkel seperti ini akan berterusan bagi menjana kehidupan yang lebih sihat dan sejahtera. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ANTARA PAPARAN SEBELUM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...