Warga KEMAS Lenggong masih lagi terasa kehilangan salah seorang dari keluarga KEMAS Lenggong bila Norhafizah Adam yang meninggal dunia pada 19hb March, 2013 yang lalu bila terlibat dalam kemalangan semasa beliau dalam perjalanan ke PKM Gopeng bagi menghadiri perjumpaan kaki tangan KEMAS bersama Dato' Ketua Pengarah Kemas. Pemergian arwah amat dirasai oleh Warga KEMAS di Lenggong, malah berita kemalangan arwah begitu mengejutkan semua Warga Kemas Perak yang hadir diperjumpaan tersebut
Sehubungan itu pada 21 Mac lalu KEMAS telah mengadakan mahlis tahlil dan bacaan Yassin bersama semua kakitangan KEMAS Parlimen lenggong dan ahli jawatankuasa aktiviti KEMAS.Majlis dipimpin oleh Puan Razmah bt Harun,isteri kepada ketua kmpung Chain.Turut hadir ahli bekas kakitangan KEMAS.Majlis dimulai dengan sembahyang Maghrib berjemaah disusuli Bacaan Yassin dan tahlil.
Moga rohnya diterima Allah swt dengan baik, diletakan bersama mereka-mereka yang disayanginya, KEMAS Lenggong sentiasa mendoakannya Insyallah, Alfatihah...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan