TAPAH - Pada 26 Mac 2013, KEMAS Parlimen Tapah
telah mengadakan Program Titik Sentuhan Rakyat (PTSR) Siri 1 - Demonstrasi Masakan
Mee Kuah Nyonya di TABIKA PGA, Bidor. Antara jemputan yang hadir
adalah En Jifridin selaku Pegawai KEMAS Daerah Tapah, Inspektor Rizuan bin Roslan selaku Pegawai PGA merangkap Pengerusi TABIKA PGA dan penduduk setempat.
Program ini bertujuan untuk merapatkan hubungan antara
masyarakat dan pemimpin tempatan disamping para peserta dapat mempelajari
resepi ini. Selain itu, para peserta juga didedahkan maklumat dasar-dasar
kerajaan dan isu-isu semasa.
Menurut En Jifridin, KEMAS sentiasa menepati kehendak
masyarakat selaras dengan perkembangan semasa. Seramai 60 orang dari kalangan penduduk kem PGA yang hadir bagi memeriahkan program ini.
Penduduk Kem PGA, Bidor mengucapkan terima kasih kepada KEMAS Daerah
Batang Padang di atas program yang dianjurkan dimana mereka dapat menambah dan
memantapkan lagi pengetahuan mereka mengenai masakan. Mereka juga meminta agar
program sebegini diadakan lagi pada masa yang akan datang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan