Pada 27.3.2013 Program Halaqah telah
diadakan di Taman Terus Maju.Majlis bermula dengan ucapan aluan Penyelia Bina
Insan KEMAS Parlimen Lumut, terima kasih kepada Pn Hajjjah Raminah yang sudi menerima tetamu untuk majlis Yassin
pada hari ini.Majlis dimulakan dengan alunan Selawat zikir munajat dan Asmaul Husna.
Majlis Yassin dikhalifahkan oleh Ustazah
Raihan Bt Ab Ghani PM Bina Insan KEMAS Lumut. Tujuan majlis Yassin ini adalah
untuk memohon keberkatan dari Allah dan pahalanya kita sedekahkan kepada Junjungan
Besar Nabi Muhamad serta para Arwah ibu bapa, guru-guru dan para syuhada yang
telah berjuang mempertahankan agama, bangsa dan Negara dari ancaman musuh.
Setelah selesai membaca Yassin Ustazah
Rafidah Bt Mohamed telah menyampaikan tazkirahnya berkaitan dengan hukum hudud secara asasnya dari segi pengertian dan
rukun-rukun di dalam hukum tersebut. Para
peserta kena membuka minda dan mengetahui apakah yang dikatakan hukum hudud
itu,kerana rata-ratanya kita beranggapan bahawa hukum hudud, ini apabila mencuri, kena potong tangan.Tetapi
sebenarnya hukum ini memerlukan penjelasan yang luas agar semua peserta faham
mengenai hukum ini.
Dari hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari
dan Muslim dalam buku Fiqh Syafii jilid 2 menjelaskan
Ertinya Dari :“Aisyah r.a ia berkata :Telah
bersabda Rasulullah s.a.w “Apakah engkau akan membela membatalkan hukuman dalam
perkara sesuatu hudud dari hudud Allah?”(Riwayat Bukhari dan Muslim ms 456)
Dari hadis ini dapatlah satu pengertian
bahawa hukum had ini adalah merupakan HAK ALLAH yang tidak dapat dimaafkan dan
dihapuskan oleh manusia.
Hukum Ini dari Allah manusia hendaklah
menerimanya Namun demikian untuk menjatuhkan hukuman had ini ini haruslah
diketahui lebih dahulu unsur-unsur dan rukunnya,antaranya termasuk didalamnya
jenayah Murtad,jenayah penyammunan,jenayah pemberontakan,jenayah
perzinaan,jenayah qazaf,jenayah pencurian,jenayah minum arak.Setiap jenayah ini
ada cara hukumanya.Perkara yang amat penting untuk didilaksanakan hukum ini
hendaklah ada bukti yang kukuh dan tidak ada keraguan,perlu ada bukti yang kukuh,seperti
saksi, pengakuan, surat menyurat serta lain-lain yang boleh meyakinkan hukum ini
dapat dilaksanakan.
Di Malaysia setiap pesalah yang didapati
bersalah dan terbukti bersalah pihak
Mahkamah dan Hakim akan menjatuhkan hukuman ke atas mereka .Kita tidak
membiarkan pesalah bebas ,jika terbukti, mereka bersalah hukuman yang diterima
adalah berdasarkan kepada undang-undang yang telah digubal oleh jabatan
Kehakiman dan hukuman ini juga ada kaitan hukum Had Allah..
Oleh itu dinasihat kepada peserta agar
mendalami ilmu pengetahuan dalam semua bidang agar apa yang kita dengar dalam
isu isu semasa berkaitan hukum hudud ini
dapat difahami sebenarnya dan tidak keliru .Diakhiri dengan waslamualaikum
Warahmatullahi wabarokatuh.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan