ALOR PONGSU -Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Parit Haji Amin , Encik Abd Aziz Bin Ahmad Tarmizi melahirkan penghargaannya kepada KEMAS Bagan Serai kerana berjaya melaksanakan program diskusi ilmiah di Surau 1 , Kampung Parit Haji Amin pada 28 Mac 2013 .
Menurut beliau, program ini sangat baik dan perlu diteruskan pada masa akan datang supaya masyarakat melayu terutama yang beragama Islam dapat bersatu supaya perpaduan ummah dapat dipupuk . Program yang bermula pada jam 3.00 petang itu telah dihadiri penceramah dari Pejabat Pentadbiran Agama Islam Daerah Larut Matang Selama iaitu Ustaz Khairul Asyraf Bin Z.ulkifli . Beliau telah menyampaikan ceramah yang bertajuk " Kalimah Allah " yang merupakan topik atau isu yang sedang dimainkan oleh pihak pembangkang pada hari ini .
Program yang begitu meriah mendapat perhatian ramai untuk turut bersama hadir, program dihadiri hampir 60 orang peserta itu berakhir pada jam 6.00 petang .
Tiada ulasan:
Catat Ulasan