Selasa, 2 April 2013

MASIH ADA YANG SAYANG……….

Oleh : Charmila Tagore



Kuala Kurau – Bertemakan “ Tiada Yang Tertinggal, Tiada Yang Terpinggir”, Program Titik Sentuhan Rakyat Di DUN Kuala Kurau telah diadakan di 10 buah tempat. Tempat berkenaan ialah Kampung Seri Makmur 1, Kampung Seri Makmur 2,  Kampung Kedai Dua, Simpang Tiga, Kampung Masjid Batu, Kampung Baru Nelayan, Parit Tanjung Piandang, Pasir Gedabu, Parit Sungai Burong dan Kampung Sungai Bharu.





Objektif program ini adalah untuk mendekati golongan ibu-ibu tunggal, anak-anak yatim dan  warga-warga emas yang terlantar uzur agar mereka tidak merasa dipinggirkan oleh masyarakat.  Ia sebagai tanda penghargaan, kasih sayang dan keprihatianan terhadap golongan tersebut. Ia juga memberi peluang kepada mereka untuk beramah mesra dengan pemimpin tempatan.

Program berbentuk kemasyarakatan anjuran Jabatan KEMAS Kawasan Parit Buntar itu adalah program khidmat sosial dalam usaha menyalurkan bantuan kepada mereka yang kurang berkemampuan. Sumbangan yang disampaikan berbentuk hamper kepada seramai 70 buah keluarga. Sumbangan tersebut disampaikan oleh Penyelaras DUN Kuala Kurau, .








Menurutnya, bantuan yang disampaikan itu tidak mengenal atau meminggir sesiapa dalam menikmati faedah pembangunan sepertimana Program Titik Sentuhan Rakyat yang dianjurkan oleh Jabatan KEMAS. Beliau  juga amat berharap program seperti ini dapat diteruskan lagi pada masa-masa yang akan datang kerana melalui program inilah, setiap permasalahan masyarakat diperingkat bawah dapat dikenalpasti dengan lebih cepat dan tindakan sewajarnya dapat diambil dengan segera.

Turut bersama-sama dalam Program tersebut ialah Pengerusi JKKK Kampung-kampung yang terlibat dan Ahli-ahli Jawatankuasanya serta Pegawai KEMAS Daerah Kerian, Penyelia Kanan, Penyelia-Penyelia Pelbagai Jurusan serta Pemaju-pemaju Masyarakat Unit Pendidikan Masyarakat KEMAS Kawasan Parit Buntar.    










Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ANTARA PAPARAN SEBELUM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...