Selasa, 2 April 2013

PROGRAM KEIBUBAPAAN KEMAS GRIK BERSAMA MASYARAKAT KG AIR PANAS


Oleh : Shera Rasid



GERIK  : Lebih 200 orang ibu bapa bersama warga KEMAS mengikuti Bengkel Keibubapaan di Dewan Orang Ramai Kampung Air Panas yang dianjurkan oleh Kemas Parlimen Gerik.
Pegawai Kemas Daerah Hulu Perak, En. Helmi Zulkifli berkata, tujuan program keibubapaan ini diadakan bagi menyedarkan ibu bapa mengenai permasaalahan remaja masa kini yang kebanyakannya terjebak dengan dadah, mencuri dan sebagainya. Katanyanya lagi ibu bapa perlu prihatin dan memantau kegiatan anak-anak setiap hari bagi mengelakkan masalah disiplin remaja masa kini terus berleluasa.
En. Taufiq b. Yusof wakit yang berhormat Dato Hasbullah Osman , berkata inisiatif yang diambil oleh Kemas Hulu Perak untuk mendekati ibu bapa amat bermakna untuk membantu ibu bapa mengenali anak-anak mereka dengan lebih dekat lagi. Ibu bapa mestilah menjadi contoh terbaik pada anak-anak. Budaya menjaga tepi kain orang perlu dihidupkan semula bagi mengelakkan masalah sosial terus berleluasa dan sekarang sudah menjadi penyakit yang tiada ubatnya. Bengkel sebegini adalah satu cara dalam membantu ibu bapa menangani permasalahan remaja kini. Jelasnya.
Majlis penutup dan sedikit penyampaian hadiah disempurnakan oleh wakil yang berhormat  Dato Hasbullah Osman iaitu En. Taufiq b Yusof. Hadir sama majlis pegawai dan kakitangan Kemas Hulu Perak serta beberapa pemimpin tempatan.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ANTARA PAPARAN SEBELUM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...