Selasa, 2 April 2013

PROGRAM MESRA RAKYAT DI JENDERATA ESTATE

Disediakan oleh : shafika



Jenderata Divisyen 3,Mini Karnival 2013 sebagai Program Mesra Rakyat telah berlangsung selama 5 jam ini yang bermula seawal jam 4.00 petang ini berlangsung dengan jayanya dengan kerjasama pelbagai pihak diDewan Linquist.Program ini mendapat sambutan baik daripada seramai 200 orang penduduk yang telah hadir dari pelbagai golongan umur tidak kira tua atau muda, wanita atau lelaki dan kecil atau besar.

 
 


Banyak agensi telah beri kerjasama penuh pada program anjuran KEMAS ini antaranya Jabatan Kebajikan Masyarakat, Kawasan Rukun Tetangga, MIC Bahagian UMNO Bagan Datoh dan Wanita Barisan Nasional. Selain dari itu terdapat beberapa acara yang di pertandingkan antaranya ialah pertandingan memasak rendang ayam,pertandingan sukaneka iaitu sukan bowling kelapa,masukkan manik dengan cepat, tiup belon dan kerusi berlagu.


Program ini telah dimulakan dengan demo masakan oleh salah seorang anak jati kawasan iaitu Encik Prabu Silvaraj, dimana yang diketahui Encik Prabu ini masih menuntut  di salah sebuah kolej swasta didalam bidang perhotelan dan masakan ini dengan lebih mendalam.Antara jemputan khas yang lain yang telah sudi meluangkan masa bersama memeriahkan program ini ialah Pegawai KEMAS Daerah Puan Zafina Sulaiman,Penyelia Kanan KEMAS Parlimen Bagan Datoh Cik Aminah Manap, Tuan Haji Khairuddin bin Haji Tarmizi selaku Setiausaha UMNO Bahagian Bagan Datoh,Ketua MIC Bahagian Bagan Datoh En Subramaniam, Pengerusi Rukun Tetangga En Kanna Munussamy,Puan K.Maliga Ganesan selaku Ketua MIC Bahagian Bagan Datoh,Datok Hjh Abaidah bt Hji Zainuddin Ketua Wanita UMNO Bahagian Bagan Datoh,Naib Wanita UMNO Bahagian Bagan Datoh Datin Hjh Zubaidah, Ajk-ajk Rukun Tetangga, Ajk-ajk Wanita Bahagian dan beberapa kakitangan KEMAS.
 


Program ini cukup meriah dengan riuh rendah penduduk apabila bermulanya acara-acara yang dipertandingkan secara berturut,program ini juga telah diselangi dengan pemberian saguhati kepada pelajar cemerlang.Beberapa ucapan yang disampaikan yang mengharapkan pihak kemas dapat menganjurkan lagi program ini dan mereka juga mengucapkan ribuan terima kasih pada pihak KEMAS. Program ini telah berakhir dengan majlis penyampaian hadiah kepada pemenang dan kepada yang hadir memeriahkan majlis.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ANTARA PAPARAN SEBELUM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...