Selasa, 2 April 2013

SANTAI BERSAMA PEMIMPIN DUN GUNUNG SEMANGGOL


 
BAGAN SERAI:-   30 Mac 2013 jam 9.00 pagi bertempat di Balairaya Gunung Semanggol telah diadakan program Santai Bersama Pemimpin . Program Anjuran KEMAS Kawasan Bagan Serai ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan dari masyarakat setempat . 


Program ini telah dihadiri Encik Zainal Abidin Bin Hj Hanafiah , Penyelaras DUN Gunung Semanggol , Encik Sharudin Bin Ahmad , Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Bagan Serai dan Encik Ahmad Lupthi Penghulu Mukim Gunung Semanggol .
 
 

Encik Zainal Abidin yang berucap pada program tersebut telah memberi penerangan berkenaan isu-isu semasa yang sedang berlaku pada hari ini . Beliau juga turut menekankan isu " Kalimah Allah " yang sedang dimainkan oleh pihak yang tidak bertanggung jawab serta menyarankan  agar semua masyarakat tidak mudah terpengaruh dengan  fitnah dan dakyah yang kerap dibuat ke atas kepimpinan Kerajaan Negeri Perak. Beliau juga berharap agar pihak KEMAS dapat menganjurkan program sebegini di masa akan datang kerana konsep santai ini dapat merapatkan silaturrahim antara pemimpin dan masyarakat seterusnya dapat mengetahui permasalahan rakyat dengan lebih cepat dan tepat . 















Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ANTARA PAPARAN SEBELUM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...