"Tiada Tertinggal, Tiada Terpinggir". Itulah prinsip yang dipegang oleh Menteri Besar Perak Dato' Seri Di Raja Dr. Zambry bin Abdul Kadir. Lalu KEMAS menggarap prinsip tersebut dengan melaksanakan Program sumbangan warga emas - Masyarakat India yang telah dijalankan di Narborough Estate, Perlok pada hari 11 april 2013 ini.
Seramai 20 orang warga emas yang telah terpilih dalam pemberian ini. Berkalung-kalung ucapan terima kasih telah KEMAS terima daripada masyarakat ini kerana prihatin dengan kaum mereka. KEMAS menjelaskan bahawa ini adalah tanggungjawab KEMAS sebagai salah satu agensi kerajaan dalam membantu dan memajukan masyarakat luar bandar.
Turut hadir di dalam program ini ialah Ketua Wanita UMNO Cawangan Hjh Baayah bt Hj Ahmad, Penyelia Ladang iaitu Hj Tazali bin Hj Ahmad, Penyelia Pembangunan Desa dan Perhubungan DUN Behrang, Puan Jamilahtun bt Hj Mohd Nor dan Puan Juwita bt Abas, Pemaju Masyarakat Pentadbiran.
Kepuasan terasa apabila dapat melihat senyuman yang terukir di setiap bibir penerima sumbangan. Harapan semoga masyarakat ini akan menyokong usaha KEMAS dalam setiap program yang dijalankan dan seterusnya dapat melahirkan bibit kemesraan anatara KEMAS dengan masyarakat ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan