Khamis, 18 April 2013

ZIARAH MENZIARAHI GOLONGAN YANG MEMERLUKAN DI KG POH

Oleh : Bintu Darus

"Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat." (Surah Al-Hujurat, ayat : 10).  11 April 2013 telah diadakan Program pemberian sumbangan kepada golongan yang memerlukan di Kampung Poh, Bidor yang telah dianjurkan oleh KEMAS Parlimen Tg. Malim.

Hati tersentuh apabila melihat kediaman penerima-penerima sumbangan kerana kebanyakkan daripadanya sememangnya layak menerima sumbangan yang kecil ini.  Hanya dengan niat untuk meringankan beban, KEMAS kentalkan semangat dalam meneruskan program ziarah ini.

Hati kembali berbunga apabila melihat senyuman dibibir penerima sumbangan.  Itulah peranan KEMAS bagi membantu memajukan kehidupan masyarakat.  Program ini bertujuan mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara KEMAS dengan masyarakat di sini.  Selain itu bagi mendedahkan peranan KEMAS yang sentiasa ingin membantu masyarakat.
 
Turut hadir dalam program ini Puan Norzihan bt Mohd Zan, Penyelia Pembangunan Desa dan Perhubungan DUN Sungkai dan Mantan Ketua Wanita UMNO Cawangan Kg Poh, Puan Hjh Khamisah bt Shahbuddin.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ANTARA PAPARAN SEBELUM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...