Selasa, 14 Julai 2015

VIDEO RAYA KEMAS 2015 @ EPISOD 'BLACK MENGELAMUN LAGI'





SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI... MAAF ZAHIR BATIN, Kepada yang pulang ke kampung berhati-hati dijalanraya, semoga selamat pulang kepangkuan ibu  bapa atau keluarga tercinta...

Khamis, 26 Mac 2015

GOTONG ROYONG PUSAT SUMBER PASIR SALAK


Pada Jumaat 13 Mac 2015 yang lalu bertempat di Pusat Sumber Kg.Gajah Pasir Salak telah diadakan program gotong royong membersihkan kelas pusat sumber dan kawasan sekitarnya. Gotong royong ini dilakukan bagi tujuan membersihkan kembali pusat sumber ini akibat dilanda banjir.

Program ini melibatkan unit Bahagian Pendidikan Masyarakat Kemas Parlimen Pasir Salak. Turut serta dalam program ini ialah Puan Normalina Manap Pegawai Kemas Daerah Perak Tengah, En Nasurunnasir Hj.Alias Penyelia Kanan Kemas Kg.Gajah dan semua penyelia penyelia Kemas Kg.Gajah.

Kelas pusat sumber ini telah beroperasi semula dengan kehadiran Pemaju Masyarakat Pusat sumber yang baharu iaitu En.Dhiyaurrahman bin Norazlan. Dengan aktiviti gotong royong ini dapatlah menceriakan pusat sumber ini secara tidak langsung dapat menarik minat masyarakat untuk berkunjung ke pusat sumber Kemas Kg.gajah ini.

  

Selasa, 24 Mac 2015

ALFATIHAH... AYAHANDA EN ALI HANAFIAH MENINGGAL DUNIA




Inalillahiwaina lillahirojiun... Seluruh Warga Kemas Perak merasa dukacita tentang berita kepergian Bapa kepada En Ali Hanafiah Mantan Penolong Pengarah Kanan Negeri Perak yg kini sebagai Pegarah KEMAS Negeri Sembilan.

En Ali juga merupakan Boss yg cukup mesra dan perihatin dengan warga Kemas di negeri Perak tidak kiralah apa jawatan maupun pangkat. Cukup menghormati kepada yang lebih tua dan ketua jabatan terutamanya terhadap Tn Pengarah Ahmad Kamal Idris Bin Haji Mohd Nawawi. Komitmen kepada tugas diutamankan. Warga Kemas juga amat terasa kehilangan bila beliau dinaikan pangkat  dan kini ke Negeri sembilan bagi mengisi awatan Pengarah disana.



Admin juga tersentuh bila beliau juga pernah membuat posting dalam wall FB beliau sebelum ini bila beliau katakan mahu menghantar anak perempuannya melanjutkan pelajaran di P Pinang. Dia juga menyebut pekara yg sama terjadi kepada beliau bila bapanya juga menghantar beliau ke Johor untuk tujuan yg sama. Pengajaran bagaimana tanggung kawab dan kasih seorang bapa kepada anaknya...



En Ali juga sempat memaklumkan kepada semua saudara dan sahabat-sahabat didalam FB bila beliau mendapat berita sedih tersebut semasa dalam perjalanan berjumpa bapanya...

Apa pun kami juga turut merasa segala keperitan yg dia alami. Bagaimana pun percayalah denga  Hikmah dari Allah swt. Moga rohnya bersama kesayangan Allah swt yg dirahmatinya... Amin

Alfatihah...

Selasa, 14 Oktober 2014

SELURUH KEMAS DI NEGERI PERAK ADAKAN TAHLIL UNTUK AYAHANDA DS DR ZAMBRY ABD KADIR

Inalillahiwainna lillahiroiun, seluruh Warga KEMAS terutama di negeri Perak dikejutkan dengan berita sedih bila Ayahanda kesayangan Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry bin Haji Abd Kadir yang telah Karahmatullah meninggal dunia di sebabkan serangan jantung kira -kira jam 1.10 pagi di Hospital Desa Pangkor.

Jenazah Pak Karim yang menjadi gelaran kepadanya oleh penduduk kampung Teluk Raja Bayang di kebumikan selepas Zohor di tanah pekuburan Masjid Teluk Raya Bayang selepas zohor semalam. Disenangi oleh penduduk tempatan dengan jasa beliau sebagai ketua kampung disni selama 23 tahun. Dalam usia mencecah 73 tahun beliau juga antara yang melepaskan jawatan ketua kampung tahun lepas selaras dengan hasratnya memberi laluan dan tidak berhasrat menyambung jawatan ketua kampung.


Manakala sebaik menerima berita tentang kematian Ayahanda Ds Zambry, Pengarah Kemas Negeri, Tn Ahmad Kamal Idris Bin Haji Nawawi meminta semua warga Kemas samada di pejabat Parlimen, Kawasan, kelas Tabika, PKM dan semua premis Kemas bagi mengadakan majlis tahlil samada di pejabat maupun di bengkel atau program kemas berlansung

                                                        Di PKM Gopeng


                         KEMAS TAMBUN




                Sebelum memulakan mesyuarat Ahli Lembaga Koperasi Kemas Perak


            Kemas Teluk Intan 


                Kemas Lumut

     
           Kemas Lenggong



Bagaimana pun majlis tahlil bukan sahaja dari kakitangan atau warga Kemas sahaja, malah ia jugak diadakan di peringkat kelas tabika Kemas itu sendiri, semuanya bagi menanam budaya sayangkan persaudaraan atau pun mengasihi serta menghormati yg lebih tua serta pemimpin



Bagi pihak Bulkep sendiri berharap DS Menteri Besar agar tabah menghadapi ujian dari Allah swt. Nampaknya negeri perak kehilangan dua pemimpin Perak... Sebelum ini Ayahanda kepada Sultan dan kini Ayahanda kepada Menteri Besar pula... Alfatihah








Isnin, 13 Oktober 2014

Sistem 'PORAK' cara terbaik mengoptimumkan penggunaan tanah

Program Bumi Hijau menerusi penanaman 'porak' dilihat satu cara terbaik bagi masyarakat  untuk mengoptimumkan penggunaan kawasan tanah biarpun terhad di kawasan perumahan dan kawasan TABIKA.

Sistem 'porak' atau 'poghak' bukan sesuatu yang asing buat masyarakat malah amat sesuai dilakukan di kampung mahupun di kawasan bandar biarpun keluasan tanah agak terhad. Porak dilihat satu cara terbaik bagi TABIKA KEMAS mengoptimumkan penggunaan kawasan tanah biarpun terhad di kawasan TABIKA.

Kanak-kanak TABIKA sedang menjirus tanaman kebun sayur mereka

Amalan seperti ini sebenarnya pernah dilakukan satu ketika dahulu namun kaedah berkenaan kurang dipraktikkan sejak kebelakangan ini. Amalan berkenaan dilihat satu cara terbaik mengurangkan kos sara hidup selain menjimatkan perbelanjaan tabika bagi mendapat bahan bekalan makanan.

Kerajaan turut menggalakkan penduduk berjimat cermat dengan bercucuk tanam pada masa yang sama dan memberi galakkan masyarakat untuk bercucuk tanam menerusi pemberian anak benih dan sebagainya.

Tanaman yang telah membuahkan hasil dan amat mudah ditanam, cabai dan bendi.

Aktiviti bercucuk tanam bukan sahaja khusus untuk penduduk kampung, malah ia harus dilaksanakan kepada penduduk yang tinggal di taman-taman perumahan dan di premis-premis kerajaan. Justeru, penduduk kampung atau di taman-taman harus menghidupkan kegiatan porak atau kebun kecil di rumah masing-masing bagi menggalakkan amalan berjimat cermat.


Kanak-kanak sedang memperindahkan lanskap tanaman dan bunga-bungaan mereka di TABIKA

Kanak-kanak sedang mewarna batu, salah satu cara mengindahkan tanaman yang ditanam

Kerajaan hanyalah membekalkan keperluan asas, kemudian penduduk itu perlulah membuat inisiatif untuk memperkembangkan pertanian mereka. Kita simpan dan biakkan benih untuk penanaman seterusnya, kita juga galakkan orang kampung supaya jangan berhenti untuk menanam tambahan pula ia merupakan amalan turun-temurun.

Selasa, 30 September 2014

KELAS KOMPUTER KEMAS PARLIMEN PARIT - PROGRAM CELIK IT

Parit - 30.09.2017 : CELIT IT kembali lagi sempena musim cuti sekolah dan lepasan SPM 2014 yang akan tiba tidak lama lagi. Sempena dengan cuti sekolah yang panjang ini nanti, pelbagai kursus komputer akan dijalankan sepanjang musim percutian sekolah. Antaranya adalah :-

1. Microsoft Excel
2. Microsoft Word
3. Powerpoint
4. Publisher
5. Internet
6. Email
7. Blog
8. Facebook
9. Moviemaker
10. Pamplet, Brouser dan sebagainya






















Kelas akan diadakan setiap hari Isnin hingga Jumaat dari jam 9.00pg hingga 5.00 petang dan kelas bermula dari 9.00pg - 11.00pg / 11.00pg - 1.00 tgh / 2.30ptg - 4.30ptg.

Yuran yang dikenakan adalah sangat berpatutan dan murah. Sijil Kemahiran akan diberikan kepada peserta yang telah tamat belajar dengan jayanya. Ujian akan diadakan diakhir sesi bagi menilai semula kefahaman dan pembelajaran yang telah dibelajar.

Segala maklumat dan pertanyaan kelas boleh berhubung terus dengan Pejabat KEMAS Parit seperti yang tertera








Rabu, 24 September 2014

HARI POTENSI KEMAS NEGERI PERAK TAHUN 2014

MRSM Parit, 17 - 18 September 2014 telah di adakan Hari Potensi KEMAS Negeri Perak dan Parlimen Parit menjadi tuan rumah bagi acara tahun ini. Majlis telah di hadiri hampir 1,200 orang termasuk ibubapa kanak-kanak Tabika KEMAS bagi menyokong anak-anak mereka yang masuk bertanding. Antara pertandingan yang diadakan adalah seperti berikut :

1. Boneka Tangan 
2. Tarian 
3. Storyteling
4. Bercerita
5. Kompang
6. Ujian Tilawah dan Terjemahan L/P
7. Nasyid
8. Rekacipta
9. Pidato
10. Kanak-kanak Cemerlang
11. Pemaju Masyarakat Inovasi (BBM)
12. Pemaju Masyarakat Inovasi (IWB) 

Majlis telah dirasmikan oleh Y.B Dato' Mohd Zaim b. Hj. Abu Hassan iaitu Ahli Parlimen Parit merangkap Ketua UMNO Bahagian Parit, turut hadir memeriahkan majlis adalah Tuan Ahmad Kamal Idris b. Hj. Nawawi Pengarah KEMAS Negeri Perak. 

Johan keseluruhan telah dinobatkan kepada Zon 3 (Perak Tengah dan Manjung). 

Berikut adalah gambar-gambar sekitar berlangsungnya Hari Potensi KEMAS Perak 2014....



















 
















































































 

               

ANTARA PAPARAN SEBELUM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...