Rabu, 27 Mac 2013

DATO' SERI S.SAMY VELLU DI PROGRAM MESRA RAKYAT

Pada 17 Mac 2013, Duta Khas (Infrastruktur) Kerajaan Malaysia ke India iaitu Dato' Seri S.Samy Vellu  telah sudi hadir merasmikan program Mesra Rakyat Kg Salak Stesyen, Sungai Siput. Dato' Seri S.Samy Vellu melahirkan rasa gembira kerana dapat bertemu kembali dengan para penduduk di Kg Salak Stesyen. Dalam ucapannya, beliau merakamkan ucapan penghargaan kepada penduduk yang hadir terus memberi sokongan kepada kerajaan.

"saya hadir pada hri ini kerana jauh didalam hati saya, saya sangat ingin bertemu dengan tuan-tuan dan puan-puan", beliau berkata demikian dihadapan lebih 150 orang yang hadir. Beliau juga merakamkan penghargaan kepada pihak KEMAS yang sering menyediakan platform kepada Pemimpin untuk bertemu dengan rakyat. 

Program tersebut adalah dibawah kendalian Unit Pembangunan Desa & Perhubungan KEMAS Sungai Siput dengan kerjasama JKKK Kg Salak Stesyen. Pelbagai aktiviti dijalankan seperti larian merentas desa, senamrobik, sukaneka, karaoke, cabutan bertuah serta berbagai lagi telah menarik kehadiran pelbagai peringkat umur. Dato' Seri S.Samy Vellu juga telah memenuhi beberapa permintaan JKKK serta penduduk iaitu 100 buah kerusi plastik, 2 buah khemah dan peralatan siaraya. Menurut Dato' Seri S.Samy Vellu pemberian tersebut adalah sebagai tanda penghargaan beliau kepada penduduk yang selama ini telah memberikan sokongan kepada beliau sebagai Ahli Parlimen. Beliau turut menghadiahkan sebuah komputer untuk kegunaan JKKK Kg Salak Stesyen.









Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ANTARA PAPARAN SEBELUM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...