Jumaat, 29 Mac 2013

DEKLAMASI SAJAK PUSAT SUMBER KEMAS 2013

Oleh: Wartawan Media KEMAS Lumut

LUMUT – 22 Mac 2013 bertempat di Pusat Sumber KEMAS Parlimen Lumut satu program  Deklamasi Sajak yang bertemakan perjuangan bangsa telah berjalan bermula jam 3.00 petang hingga 5.00 petang.



Puan Jamaliah Bt. Hassan selaku Penyelia Kanan KEMAS  Lumut telah merasmikan program tersebut. Dalam ucapan beliau telah menekankan isu-isu pergolakan Negara yang berlaku pada masa sekarang contohnya isu pencerobohan Lahat Datu, Sabah.


Program tersebut diadakan  bertujuan untuk mengingati para perjuang Negara yang terkorban dan menyanjungi jasa mereka bagi mempertahankan Negara yang tercinta.  Selain itu, peserta yang kebanyakan terdiri daripada golongan Remaja dan belia sentiasa diingati agar menghargai betapa pentingnya sama-sama menjaga keamanan Negara agar tiada pertumpahan darah seperti apa yang berlaku sekarang di Lahat Datu.   


 Aktiviti ini juga bagi menyungkil bakat tersendiri, dalam diri peserta untuk diketengahkan.


Turut menghadiri program Deklamasi Sajak adalah Kanak-kanak TASKA PERMATA yang merupakan  tetamu paling muda yang hadir.  Program ini juga bertujuan memberi pendedahan kepada mereka melihat sendiri dengan lebih dekat cara sajak  disampaikan.



Dari pelbagai sudut sekalipun, kita hendaklah sentiasa saling ingat mengingati supaya lebih bijak menilai yang mana baik atau buruk dan seterusnya memahami dengan jelas “Watasiyyah Tonggak Kesatuan Ummah” yang diperkatakan pada masa sekarang.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ANTARA PAPARAN SEBELUM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...