Rabu, 27 Mac 2013

DEMONSTRASI MASAKAN SUNGAI PERGAM










OLEH :NURUL SHAFIKA RAJAAI
21 MAC 2013_KHAMIS, Program Demonstrasi Masakan telah dijalankan di Tabika Kemas Sungai Pergam,Bagan Datoh, Perak iaitu pada pukul 5.00 petang ini  amat meriah dengan kehadiran seramai 30 orang daripada pihak ibubapa dan penduduk setempat.Mereka ini seakan-akan tidak sabar untuk berkongsi ilmu masakan dan merasai sendiri resepi  ini ,iaitu sup cendawan salji.Sup cendawan ini telah di olah oleh Pemaju Masyarakat BPM(Bahagian Pendidikan Masyarakat) dan diajar oleh Pemaju Masyarakat PKK(Pendidikan Kesejahteraan Keluarga) untuk dikongsikan bersama penduduk.
Didalam demonstrasi ini juga pihak BPM telah mengedarkan kertas resepi kepada penduduk supaya mereka dapat mencuba sendiri dirumah.Selain itu,program ini dapat mengeratkan hubungan antara ibubapa dan penduduk setempat selain dari bertukar-tukar pendapat mengenai masakan.
Diakhir program ini,pihak pbm kemas telah memberi setiap yang hadir sedikit sup cendawan salji untuk dibawa pulang.Riak wajah yang hadir dapat mengambarkan mereka sangat berpuas hati dengan demonstrasi tersebut dan gembira menghadiri program ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ANTARA PAPARAN SEBELUM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...